Hawa

Salam :) Cerita nie NW terbaca kat FB .. macam best pulak ... buat renungan kaum Hawa ... Bacalah .. ;)


 #Debat Awek Bertudung VS Awek Tak Bertudung#


Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis “huh….sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?” banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu.

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka

Lia : Ala….tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia…”Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,”pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla…”

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat

Lia : Weh pompuan…kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat…so what??

Suri : Seksi atau tidak…hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut

Lia : Ala…tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain…….

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai….ne antara aku dengan Tuhan.

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat….cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la…perubahan bukan boleh buat terus…kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu…jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas…

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=” ok baiiiiii………………………………..


Sama-sama lah kita fikir kan hehek :)






♥ LIKE KALAU AWAK SAYANG NW ♥

OUR HERO! DLCW!

WAAAAAAAHHHHH!!!! Touching gilaaaa tengok Dato' Lee Chong Wei main semalam! Tak tahu nak cakap ape tapi DLCW IS THE BEST!!! Arghhhh I LOVE YOU LCW!! Bayangkan 28 juta rakyat Malaysia yang tonton final badminton Olimpik London 2012 DLCW vs Lin Dan semua mengharapkan kemenangan DLCW... Tersangatlah berat tanggungjawab yang DLCW pikul tue mak oii .. Kalau NW ada di tempat DLCW tue Ya Allah! Macam mana lah rasanya nak tunai kan impian berjuta orang yang memberikan sepenuh kepercayaan dan harapan kat kita ... Urm tapi kan masa perlawanan tue DLCW tengok macam tenang jew...tapi yang sebenarnya dia dah macam apa dah.... DLCW dah berjuang habis habisan kot ... dapat pingat Perak pon ... our first medal ;) We should be proud of him!!

Set 1 DLCW menang 21-15 ... tapi set 2 DLCW kecundang 21-10 .... Final set 19-21 ... so gold medal jatuh di tangan LIN DAN again ... takpe DLCW dah buat yang terbaik kot! Urm yang kesian nya bila time Lin Dan tue tengah sebok-sebok lari macam orang gila konon nak raikan kemenangan dia tue our hero DLCW terduduk .. dia macam tak tahu nak buat apa dah ... nampak sangat dia sedih masa tue ... heyy rase nak peluk jew dia ... HAHA time tue laa yang NW touching kot ... rase nak nangis same jew :`( Kesian nya!! Then dia boleh lagi tweet cakap " Saya minta maaf " tak patot kot dia tak salah apa pon ... Nampak sangat DLCW nie rendah diri kan? ... lepas  tue time nak bagi medal tue pon DLCW menangis ! OMG!

Tangisan DLCW yang penuh bermakna bagi rakyat Malaysia! Sedih nya ;(

Sekarang nie NW terfikir apa lah ganjaran DLCW dapat nanti eyk ... banglo sebijik ke macam Apex dapat tue? HEHEK kerajaan bagi lah yang best-best eyk kat DLCW cian dia ... :p btw thanx to Baskin Robin sebab bagi free ice cream ... dap nye! Kalau NW jadi PM kan ... NW nak bagi duit kat DLCW pas uh suruh lah dia pergi bercuti kat mana-mana dia suka dengan future wife dia uh... alahai untung nya dapat title Datin .. =D

Ok lah lupa kan kisah sedih tue ... yang berlalu biar kan ia berlalu ... HAHA bapak jiwang lak an ... dengar cerita DLCW nak berjuang kali terakhir tok dapat kan emas kat Olimpik 2016 nanti ... Semoga berjaya!! tapi bila dengar kali terakhir tue yang tak best uh ...  urm ... Mesti nanti Dato' Lee Chong Wei jadi legend kan macam Mokhtar Dahari uh ... :)

Dato' Lee Chong Wei you are no. 1 hero in Malaysia !! WE ARE PROUD OF YOU!! I LOVE YOU SOOOO MUCHHH!! Teruskan usaha anda untuk mengharumkan nama Malaysia! You can do it Chong Wei! MALAYSIA BOLEH!


HERO MALAYSIA!




♥ LIKE KALAU AWAK SAYANG NW ♥